suria

Euro 2012: Terry Belum Dipanggil Hodgson

Nasib Terry bersama skuad England masih samar.
Nasib Terry bersama skuad England masih samar.
Nasib Terry bersama skuad England masih samar.

KAPTEN Chelsea, John Terry memberitahu dia belum menerima sebarang berita daripada pengurus baru England, Roy Hodgson mengenai pembabitannya dalam aksi Euro 2012.

Hodgson sebelum ini membuat kenyataan bahawa dia akan bersemuka dengan Terry dan Rio Ferdinand untuk mengetahui sama ada mereka berdua boleh bekerjasama dalam pasukan sebelum membuat pemilihan 23 pemain.

Terry bakal menjalani perbicaraan Julai ini selepas dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada adik Ferdinand, Anton ketika aksi Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.

"Saya tidak menerima sebarang panggilan setakat ini. Pun begitu buat masa sekarang saya hanya memberi fokus kepada kelab dan juga perlawanan liga.

"Saya berharap akan dipilih menyertai pasukan kebangsaan dan saya sentiasa bersedia untuk negara," katanya.

Artikel Lain