Format Baru Pusingan Kelayakan ARRC 2012 - Sukan | mStar

Format Baru Pusingan Kelayakan ARRC 2012

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas akan mengguna pakai format sesi kelayakan tunggal seperti dalam perlumbaan Grand Prix (GP) berkuatkuasa dengan perlumbaan pembuka tirai di Trek Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Sebelum ini, perlumbaan ARRC mengamalkan format dua sesi kelayakan yang mana masa terpantas setiap pelumba menjadi perbandingan dan masa terpantas daripada dua sesi itu akan menentukan kedudukan petak permulaan.

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg berkata perubahan itu dilakukan bagi membolehkan pasukan menguruskan tayar dengan lebih baik dalam meningkatkan saingan dalam kategori 600cc Super Sports.

TWMR merupakan penganjur perlumbaan ARRC.

"Sejak beberapa tahun lepas, pasukan bertanding menyuarakan kesukaran untuk menguruskan dengan jumlah tayar yang dihadkan semasa perlumbaan hujung minggu, sekali gus menjejaskan prestasi pelumba," kata Hogg dalam kenyataan di sini Khamis.

Katanya pada masa sama, mereka percaya perubahan itu relevan ekoran format baharu itu sering digunakan dalam kebanyakan perlumbaan termasuk MotoGP.

Berikutan format baharu itu, Hogg berkata kini hanya tiga sesi latihan dibenarkan bagi kategori 600cc Super Sports dan 115c Underbone dan ia memberi masa yang secukup untuk pasukan mempersiapkan jentera masing-masing sebelum sesi kelayakan.

Penonton boleh menyaksikan perlumbaan pusingan pertama ARRC 2012 di Litar SIC secara percuma. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Euro 2012: Terry Belum Dipanggil Hodgson

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin