suria

Liverpool Garang Tewaskan Chelsea 4-1

Jonjo Shelvey menjaringkan gol keempat buat Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea, awal pagi Rabu.
Jonjo Shelvey menjaringkan gol keempat buat Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea, awal pagi Rabu.
Jonjo Shelvey menjaringkan gol keempat buat Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea, awal pagi Rabu.

LIVERPOOL: Kelemahan pertahanan Chelsea membuka ruang Liverpool menebus kekalahan ketika tumpas pada final Piala FA Sabtu lalu dan mengetepikan skuad Blues itu daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Liverpool menundukkan Chelsea bagi mencatat kemenangan 4-1 pada perlawanan awal pagi Rabu.

Biarpun lapan kali pertukaran dilakukan oleh pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo, ia gagal menyekat aksi pantas skuad tuan rumah.

Kekalahan ini menyaksikan skuad Chelsea terpaksa melupakan aksi Liga Juara-Juara (CL) musim depan, kecuali pasukan ini berjaya menumpaskan Bayern Munich pada final CL minggu depan.

Kedudukan ini juga menjadikan Chelsea mencatat rekod kali pertama tidak berada dalam kelompok keempat teratas sejak 2001-02.

"Saya tidak kecewa kerana usaha telah dilakukan tetapi kami terpaksa akur dengan kebangkitan Liverpool.

"Kami telah mengharungi tiga perlawanan penting tiga hari lalu. Ia agak sukar untuk berada dalam keadaan sama dalam tempoh itu," jelas Di Matteo.

Sementara itu pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berkata, pretasi pemain-pemainnya berada dalam keadaan terbaik.

"Ia merupakan antara persembahan terbaik musim ini, namun kami tidak mempunyai keputusan yang sepatutnya sebelum ini," katanya.

Liverpool kini berada di kedudukan kelapan liga, hanya kurang satu mata daripda Everpon yang menghuni tangga ketujuh.

The Reds akan bertemu Swansea City bagi perlawanan terakhir musim ini, manakala Chelsea akan menentang Blackburn Rovers.

Artikel Berikut

Artikel Lain