suria

Kejohanan Olahraga Pra SUKIPT Medan Pemilihan Atlet Ke SUA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Pra Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) pada 19 dan 20 Mei ini, sebagai medan pemilihan atlet ke Sukan Universiti Asean (SUA) di Laos pada Disember.

Menurut satu kenyataan KPT, temasya Pra SUKIPT yang akan diadakan di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang adalah anjuran bersama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (MASISWA).

Antara atlet elit kebangsaan yang akan mengambil bahagian ialah Zabidi Ahmad dan Zabidi Ghazali dalam acara 100m, Ganthi Mathi (800m dan 1500m), Roslinda Samsu (lompat bergalah) dan Noramira Mohd Nafiah (lompat jauh).

Sebanyak 17 acara lelaki dan acara wanita bakal dipertandingkan pada kejohanan itu yang menawarkan keseluruhan 195 pingat.

Selain mengenal pasti atlet ke Laos, kejohanan Pra SUKIPT itu adalah sebagai persediaan menghadapi temasya SUKIPT, yang akan berlangsung dari 28 Okt hingga 8 November depan.

Kejohanan Pra SUKIPT akan disertai pasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, pasukan pelapis Majlis Sukan Negeri (MSN) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain