suria

Pellegrino Dilantik Pengurus Baru Valencia

Emery meninggalkan Valencia selepas hampir empat tahun bersama kelab itu.
Emery meninggalkan Valencia selepas hampir empat tahun bersama kelab itu.
Emery meninggalkan Valencia selepas hampir empat tahun bersama kelab itu.

VALENCIA telah melantik bekas pemain Argentina, Mauricio Pellegrino menggantikan tempat Unai Emery sebagai jurulatih pada musim depan.

Menurut kenyataan kelab Sepanyol itu, Pellegrino akan menjadi jurulatih Valencia selama dua musim.

Emery meninggalkan Valencia dengan kedudukan ketiga Liga Sepanyol di belakang Barcelona dan Real Madrid sekaligus layak untuk aksi Liga Juara-Juara (CL) musim depan.

Pengurus berusia 40 tahun itu tiba di Valencia dari Almeria pada tahun 2008 telah membina kejayaan cemerlang sepanjang tiga tahun terakhir di Sepanyol dengan mambawa pasukan mara ke separuh akhir Piala Raja dan Liga Europa.

Sementara itu, Pellegrino, 40, merupakan bekas pemain pertahanan Valencia pada tahun 1999 dan turut membantu pasukan memenangai trofi Liga Sepanyol pada tahun 2002 dan 2004 serta Piala UEFA.

Dia kemudian menjadi penolong jurulatih kepada Rafa Benitez di Liverpool dan Inter Milan.

Artikel Berikut

Artikel Lain