suria

Penentuan Juara: United Terpaksa Tunggu Saingan Akhir

Scholes (dua,kanan) menjaringkan gol pertama untuk United ketika menentang Swansea.
Scholes (dua,kanan) menjaringkan gol pertama untuk United ketika menentang Swansea.
Scholes (dua,kanan) menjaringkan gol pertama untuk United ketika menentang Swansea.

LONDON: Manchester United terpaksa menunggu saingan terakhir dalam menentukan juara Liga Perdana Inggeris musim ini apabila berkongsi mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester City selepas menundukkan Swansea 2-0 di Old Trafford.

Gol pada babak pertama jaringan Paul Scholes dan Ashley Young memberikan juara bertahan itu kemenangan selesa.

United kini ketinggalan lapan gol berbanding City dan mengharapkan keajaiban berlaku di Stadium Etihad menjelang perlawanan penentuan juara hujung minggu ini.

Kehadiran Antonio Valencia dan Young turut memperkukuhkan barisan hadapan United di samping gandingan mantap Javier Hernandez dan Wayne Rooney.

Swansea pula beraksi tanpa kelibat Leon Britton manakala Angel Rangel dan Neil kembali memperkuat benteng pertahanan selepas pasukan itu terikat seri 4-4 dengan Wolves hujung bulan lalu.

Pasukan tuan rumah melepaskan beberapa peluang berharga menerusi percubaan Valencia dan Rooney.

Senarai Pemain:

Man Utd: De Gea, Jones, Smalling, Ferdinand, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Young, Rooney, Hernandez. Pemain gantian: Amos, Berbatov, Giggs, Park, Nani, Rafael Da Silva, Cleverley.

Swansea: Vorm, Rangel, Caulker, Williams, Taylor, Allen, Sigurdsson, Gower, Dyer, Graham, Sinclair. Pemain gantian: Tremmel, Tate, Britton, Routledge, Monk, McEachran, Moore.

Gelanggang: Stadium Old Trafford

Artikel Lain