suria

Jaringan Yaya Toure Bantu City Hampiri Gelaran Juara

Yaya Toure membuka jaringan pertama untuk City pada minit ke-70.
Yaya Toure membuka jaringan pertama untuk City pada minit ke-70.
Yaya Toure membuka jaringan pertama untuk City pada minit ke-70.

LONDON: Manchester City semakin hampir untuk menjulang trofi berprestij Liga Perdana Inggeris buat julung kali dalam tempoh 44 tahun selepas Yaya Toure menyumbatkan dua gol ketika menewaskan Newcastle United 2-0, malam Ahad.

Kemenangan itu meletakkan City di depan mengatasi juara bertahan, Manchester United yang menewaskan Swansea City 2-0 pada perlawanan berasingan.

City kini mendahului United berdasarkan perbezaan gol pada ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan.

Pasukan kendalian Pengurus Roberto Mancini itu mempunyai kelebihan perbezaan lapan gol berbanding United dan jika mereka menundukkan Queens Park Rangers di Eastlands dalam seminggu lagi, kejuaraan akan berpihak kepada mereka.

Sementara itu, skuad bimbingan Sir Alex Ferguson pula perlu membelasah Sunderland dengan jaringan besar di Stadium of Light bagi menghidupkan peluang mempertahankan gelaran.

Artikel Lain