suria

Skuad Hoki Wanita Masih Jauh Ketinggalan: Zolkples

KUALA LUMPUR: Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui pasukan hoki wanita berdepan dengan misi sukar pada siri kelayakan Olimpik yang sedang berlangsung di Kakamigahara, Jepun.

"Ia dianggap misi yang sukar serta mustahil dan kita akui skuad negara masih jauh ketinggalan dengan negara-negara yang lain.

"Dengan tiga kekalahan dan satu seri, kita kena terima hakikat bahawa impian untuk ke Sukan Olimpik di London tahun ini tidak kesampaian," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis tandatangan kontrak antara Persatuan Profesional Golf Malaysia dan MST Golf, Rabu.

Terbaru, skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu sekali lagi tewas 1-2 kepada Chile selepas turut tunduk kepada Azerbaijan (0-4), Jepun (0-8) dan seri dengan Belarus, 2-2.

Pun begitu, skuad negara akan meneruskan aksi kelima menentang Austria Khamis ini.

Selain itu, skuad hoki lelaki negara turut gagal ke Olimpik selepas hanya berada di tangga ketiga keseluruhan pada kempen Kelayakan di Dublin Mac lalu.

Artikel Lain