Terbuka India: Chong Wei Kalah Mengejut - Sukan | mStar

Terbuka India: Chong Wei Kalah Mengejut

NEW DELHI: Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan Kejohanan Badminton Terbuka India 2012 apabila kalah mengejut di tangan bintang muda Korea Selatan, Shon Wan Ho, pada final di sini, Ahad.

Kilauan emas pertama Sukan Olimpik London 2012 yang disandarkan kepada Chong Wei sedikit meresahkan apabila beliau tumpas 18-21, 21-14, 19-21 kepada bintang muda berusia 23 tahun itu.

Ini merupakan kejayaan pertama Wan Ho ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam lima pertemuan sejak Kejohanan All England pada 2010.

Kejohanan Terbuka India bernilai US$200,000 (RM609,600) itu merupakan kejohanan utama yang disertai oleh Chong Wei selepas mengalami kecederaan bahu semasa All England bulan lepas.

Bagaimanapun, Chong Wei, 29, berkata kekalahan itu bukan kerana kecederaan bahunya.

"Ini adalah perlawanan pertama selepas pulih dari kecederaan. Oleh itu ia bukan masalah.

"Saya tidak menjangka Wan Ho bermain dengan begitu baik sekali," katanya sambil memperjelaskan bahawa tumpuannya kini kepada Sukan Olimpik Julai ini dan beliau mempunyai masa tiga bulan untuk melakukan persediaan.

Dalam acara perseorangan wanita, pemain nombor empat dunia, Li Xuerai dari China merangkul gelaran apabila menumpaskan pemain Jerman, Juliane Schenk 14-21, 21-17, 21-9.

Pada acara beregu lelaki, pasangan Thailand Bodin Issara/Maneepong mengatasi gandingan Korea Selatan Ko Hyun Sung/Yoo Yeong Seong 21-17, 14-21, 21-14.

Pada acara beregu wanita pula, beregu Korea Selatan Jung Kyun Eun-Kim Ha Na mengalahkan beregu China Bao Yixin-Zhong Qianxin 21-17, 21-18.

Sementara itu, gandingan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia berjaya mempertahankan gelaran beregu campuran apabila mengetepikan pasangan Thailand Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 21-16, 12-21, 21-14.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain