Alex FergusonPENGURUS Manchester United, Alex Ferguson mengakui pasukan Manchester City kini merupakan pencabar utama berbanding musuh tradisi, Liverpool."Jelas sekali mereka adalah musuh paling rapat sekarang. Man City kini bangkit menentang kami untuk merebut gelaran. Itulah yang kami fokuskan sekarang dan pasukan itu tidak boleh menghalang kami daripada menang," katanya. Man United akan bertandang ke Stadium Etihad Isnin ini sekaligus menjadi perlawanan penting musim ini bagi perebutan trofi liga memandangkan kini Man City hanya ketinggalan tiga mata di belakang skuad Ferguson.Man United mengumpul 83 mata berbanding 80 mata bagi pasukan Man City."Kami tahu di mana kami berada. Kami berada dalam posisi yang lebih baik daripada Man City," katanya.