suria

Manchester City Bertemu Harimau Malaya Pada 30 Julai

Subahan (empat kanan) menerima jersi daripada Cafferky, (tiga dari kiri) selepas sidang media mengenai perlawanan persahabatan antara Pasukan Manchester City dengan pasukan kebangsaan pada 30 Julai ini.

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City bakal mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City, Ian Cafferky berkata, pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.

"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.

"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini, Rabu.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, Ketua Jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events) Julian Kam.

Artikel Lain