suria

Piala AFC: Kelantan Catat Kemenangan Ketiga Dalam

KUALA LUMPUR: Kelantan mencatatkan kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan H Piala AFC selepas mengalahkan wakil Vietnam, Navibank Saigon, 2-1 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh pada Selasa.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak mengumpul 10 mata bagi mendahului saingan dalam kumpulan selepas mengharungi lima perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, skuad Kijang dikejutkan dengan jaringan awal penyerang import Navibank dari Colombia, Edison Fonseca pada minit ke-33.

Kelantan yang tidak berputus asa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti.

Penyerang import Kijang dari Lubnan, Mohammed Ghaddar memastikan mereka berjaya membawa pulang tiga mata ke Kota Baharu menerusi jaringan pada minit ke-85.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, Ayeyawady United dari Myanmar tumpas 0-3 kepada wakil Indonesia, Arema FC di Stadium Thuwunna Pusat Latihan Belia Yangon.

Esok, satu lagi wakil Malaysia yang berada dalam Kumpulan F, Terengganu akan menentang wakil Vietnam, Song Lam Nghe An di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. -BERNAMA

Artikel Lain