Sukan Paralimpik: Faridul Sasar Layak Ke London - Sukan | mStar

Sukan Paralimpik: Faridul Sasar Layak Ke London

Faridul meraih emas dalam acara lembing pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Selasa. Foto: BERNAMA
Faridul meraih emas dalam acara lembing pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Selasa. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Atlet lontar lembing paralimpik negara, Faridul Masri berharap layak ke Temasya Paralimpik London 2012 setelah meraih pingat emas acara lontar lembing lelaki kategori F56 (kecacatan anggota kaki) pada hari kedua Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Selasa.

Faridul, 31, turut berjaya mengatasi rekod peribadinya 33.48m yang dilakukanya pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun lepas serta melepasi standard minimum kelayakan A (MQSA) setelah melakukan lontaran sejauh 33.88m.

Atlet paralimpik berasal dari Selangor itu berkata beliau menaruh harapan tinggi untuk layak secara merit ke Temasya Paralimpik London 2012.

"Walaupun secara atas kertas saya telah melepasi MQSA ianya tidak bermakna bahawa saya telah layak ke Olimpik London sebaliknya perlu menunggu pengesahan daripada pihak Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) terlebih dahulu".

Beliau berkata keputusan tersebut hanya dapat diperolehi selewat-lewatnya pada 29 April ini apabila NPC mengemas kini ranking kedudukan atlet paralimpik dunia.

"Jika berjaya layak ke Paralimpik London ianya adalah sesuatu kejayaan yang besar dan saya bertekad untuk membalas dendam kepada semua pesaing yang menewaskan saya pada kejohanan sebelum ini," katanya.

Faridul pernah beraksi dalam acara yang sama pada Sukan Para Asia di Gungzhou, China pada 2010 namun gagal membawa pulang sebarang pingat apabila sekadar menduduki tempat keempat.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain