suria

Olahraga Paralimpik Terbuka: Malaysia Raih Empat Emas Pada Hari Kedua

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga paralimpik negara mengutip empat pingat emas pada hari kedua Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).

Pingat berkenaan disumbangkan oleh Nor Syazwani Abdullah bagi acara 200m wanita kategori T38/cacat intelektual dengan catatan 32.23'; Lee Chow Seng (tukul besi lelaki kategori F11/cacat anggota badan) dengan balingan sejauh 27.46m; Hashim Ahmad (tukul besi lelaki kategori F12/cacat anggota badan) dengan balingan 26.31m dan Faridul Masri bagi acara lontar lembing lelaki (kategori F56/cacat anggota kaki) dengan lontaran sejauh 33.88m.

Nor Syazwani berkata dia bangga dan gembira dengan kejayaannya itu walaupun beraksi tanpa pesaing.

"Walaupun berjaya memperoleh pingat emas... saya rasa kecewa apabila gagal melepasi standard minimum kelayakan A (MQSA) yang ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) bagi mendapat tiket ke Paralimpik London 2012," katanya kepada Bernama Selasa.

Atlet dari Kedah itu berkata impiannya ialah untuk layak ke Paralimpik London 2012 dan berazam untuk berusaha lebih gigih bagi menggapai impiannya itu.

Pada Rabu, pemenang pingat gangsa bagi acara yang sama pada Temasya Sukan Paralimpik Asia di Gungzhou, China 2010 itu akan mengambil bahagian dalam acara 100m wanita. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain