suria

Liga Juara-Juara: Guardiola Optimis Bertemu Chelsea

Guardiola (kanan) berbincang dengan penolong jurulatih, Tito Vilanova (kiri) ketika skuadnya menjalani latihan akhir sebelum bertemu Chelsea awal pagi Rabu. Foto: EPA
Guardiola (kanan) berbincang dengan penolong jurulatih, Tito Vilanova (kiri) ketika skuadnya menjalani latihan akhir sebelum bertemu Chelsea awal pagi Rabu. Foto: EPA
Guardiola (kanan) berbincang dengan penolong jurulatih, Tito Vilanova (kiri) ketika skuadnya menjalani latihan akhir sebelum bertemu Chelsea awal pagi Rabu. Foto: EPA

JURULATIH Barcelona, Pep Guardiola tetap optimis biarpun pasukannya tewas dalam dua perlawanan penting sebelum ini.

Selepas tewas 0-1 kepada Chelsea dalam aksi separuh akhir pertama CL di Stamford Bridge, minggu lalu, skuad The Catalan ini sekali lagi dikejutkan dengan tewas 1-2 kepada musuh tradisi, Real Madrid dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, Guardiola mahu barisan pemainnya melupakan segera kekecewaan tersebut apabila bakal melayan kunjungan Chelsea untuk menghadapi aksi kedua di Nou Camp awal pagi Rabu.

"Kita lihat perlawanan nanti sama ada dua kekalahan yang kami alami sebelum ini membawa kesan buruk kepada pasukan.

"Apa yang paling penting, saya akan memastikan barisan pemain saya mendapat rehat secukupnya.

"Saya juga akan mencari jalan terbaik bagi membolehkan pemain-pemain saya bersaing dengan barisan pemain Chelsea yang memiliki kelebihan dari aspek fizikal," kata Guardiola.

Menurut Guardiola, dia sedar pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo telah merehatkan lapan tonggak utamanya ketika turun menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.

Jelas Guardiola, situasi itu akan memberi kelebihan kepada Chelsea yang pastinya akan tampil lebih bertenaga berbanding Barcelona.

"Chelsea telah merehatkan beberapa tonggak utama mereka sebagai persiapan menghadapi aksi separuh akhir kedua kali ini tetapi tidak bagi kami.

"Namun, itu bukan alasan bagi kami kerana seperti yang saya katakan, saya akan memastikan barisan pemain saya mendapat rehat yang secukupnya.

"Saya tidak berasa kecewa dengan corak permainan pemain-pemain saya dalam dua perlawanan sebelum ini dan memberitahu mereka agar melupakan segera kekecewaan tersebut dan melakukan persiapan untuk menghadapi Chelsea," jelas Guardiola.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain