Rosberg Mahu Pamer Aksi Lebih Baik Di Bahrain - Sukan | mStar

Rosberg Mahu Pamer Aksi Lebih Baik Di Bahrain

Rosberg mahu mempamerkan aksi lebih bik di Litar Sakhir pada aksi GP Bahrain Ahad ini. Foto: AP
Rosberg mahu mempamerkan aksi lebih bik di Litar Sakhir pada aksi GP Bahrain Ahad ini. Foto: AP

JUARA Grand Prix Formula Satu (F1) China, Nico Rosberg yakin jentera Mercedes GP, F1 W03 akan tampil dengan aksi lebih baik pada perlumbaan GP Bahrain, Ahad ini.

Pemandu kelahiran Jerman berusia 27 tahun itu menyuarakan keyakinan tersebut selepas dia mencatat kemenangan pada di Litar Antarabangsa Shanghai, Ahad lalu.

Rosberg kelihatan tidak sabar untuk meneruskan perlumbaan kerana dia pernah mencatat beberapa kejayaan di Litar Sakhir pada penampilan sebelum ini.

"Saya masih tidak dapat melupakan kenangan di Litar Sakhir. Saya pernah memenangi perlumbaan Formula 3, Piala Macau-Bahrain dan perlumbaan GP2.

"Saya juga pernah menduduki tempat ketujuh pada penampilan pertama saya bersama jentera F1 dan mencatat rekod sepusingan yang terpantas,” kata Rosberg.

Rosberg mengakui dia menyukai ciri-ciri di litar itu kerana jentera yang digunakan Mercedes amat sesuai dengan keadaan di situ.

"Kurang tekanan dengan banyak perhentian dan beberapa selekoh pada kelajuan yang tinggi. Susun atur litar sesuai dengan jentera kami tetapi saya juga tidak boleh menafikan yang perlumbaan tersebut akan menjadi cabaran hebat buat kami.

“Saya berharap segala-galanya akan berjalan dengan baik seperti kesesuaian tayar yang digunakan kerana suhu di Bahrain lebih tinggi berbanding China,” jelasnya.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Michael Schumacher turut mengakui keputusan di China telah memberi semangat baru kepada pasukan walaupun dia tersingkir pada perlumbaan tersebut.

"Pengalaman yang diperoleh ketika beraksi di China telah memberi harapan baharu kepada pasukan dan saya percaya, kami mampu mengulangi kejayaan yang sama pada perlumbaan seterusnya.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu yakin kerana apa sahaja berlaku pada musim ini. Ada tiga pemenang untuk tiga perlumbaan setakat ini," kata Schumacher.

Sebelum ini, pemandu McLaren, Jenson Button mencatat kejuaraan pada perlumbaan pembukaan musim di Australia pada 18 mac lalu dan Fernando Alonso (Ferrari) memenangi GP Malaysia seminggu kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain