Pengurus pasukan Man United, Sir Alex FergusonMANCHESTER United dipilih sebagai kelab terkaya di dunia berdasarkan tinjauan Forbes 2011 Soccer Valuation.Bagi tujuh tahun berturut-turut, Man United berada di ranking pertama dalam senarai majalah Forbes edisi 9 Mei ini sekali gus menjadi pasukan bola sepak termahal dengan nilai USD 2,235 bilion (RM6,864 bilion). Sementara itu, Real Madrid berada ditangga kedua terkaya dengan nilai USD 1,877 bilion diikuti Barcelona, Arsenal dan Bayern Munich.Menurut kenyataan Forbes, nilai setiap pasukan ini berdasarkan nilai keuntungan pasaran, persetujuan penyiaran dan debit daripada perjanjian baru atau tunggakan dengan pihak stadium.Senarai pasukan terkaya ini turut dinilai berdasarkan perlawanan Liga Juara-Juara (CL) musim lalu. Senarai penuh kedudukan kelab terkaya dunia: 1. Manchester United USD2,235 bilion2. Real Madrid USD1,8773. Barcelona USD1,3074. Arsenal USD 1,2925. Bayern Munich USD 1,2356. AC Milan USD989 juta7. Chelsea USD7618. Liverpool USD6199. Juventus USD59110. Schalke USD58711. Tottenham USD56412. Inter Milan USD49013. Manchester City USD44314. Borussia Dortmund USD 39415. Lyon USD38516. Hamburg USD35517. AS Roma USD35418. Marseille USD34919. Valencia USD28820. Napoli USD283