suria

Rosberg Ukir Kejayaan Di China

Rosberg (tengah) meraikan kejayaan bersama pasukannya selepas menjadi juara Formula Satu GP China, Ahad.

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg mencatat sejarah selepas menamatkan badi kegagalan selama 57 tahun apabila menjuarai Grand Prix (GP) China, pada Ahad.

Mercedes yang kali terakhir muncul juara pada 1955 menerusi Juan Manuel Fangio di GP Itali ketika itu mengakhiri kemarau tersebut cukup bergaya dengan Rosberg terpilih melakukannya.

Rosberg yang bermula di petak hadapan, meninggalkan dua pelumba McLaren, Jenson Button 20 saat di belakangnya di tempat kedua manakala Lewis Hamilton, ketiga.

Manakala pelumba Red Bull, Mark Webber pula di tempat keempat, sekadar menebus kekecewaan rakan sepasukan yang juga juara dunia, Sebastian Vettel yang menduduki tempat kelima.

"Ini adalah saat yang tidak boleh dilupakan. Minggu yang sempurna.

"Kejayaan meraih petak pertama sebelum ini, dan sekarang menjadi juara. Sudah lama pasukan ini tidak menikmati saat istimewa seperti ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain