suria

Morosini Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Morosini diberi bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.
Morosini diberi bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.
Morosini diberi bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.

DUNIA bola sepak dikejutkan dengan berita kematian pemain tengah Livorno, Piermario Morosini kerana serangan jantung pada Sabtu sekali gus perlawanan hujung minggu di Itali dibatalkan.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang dipinjamkan daripada kelab Serie A, Udinese, jatuh ketika perlawanan divisyen dua di Pescara dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Kematian Morosini hadir tidak sampai sebulan selepas pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengalami serangan jantung ketika perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris menentang Tottenham, menyebabkan pihak berkuasa meminta lebih banyak pemeriksaan perubatan dilakukan terhadap pemain bola sepak.

Pengurus Besar Persekutuan Bola Sepak Itali, Antonello Valentini memutuskan untuk menangguhkan baki semua perlawanan hujung minggu, bermula dengan perlawanan Serie A antara AC Milan dan Genoa.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Petrucci kemudiannya meminta semua persekutuan sukan Itali untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati Morosini.

Morosini mengalami serangan jantung ketika babak pertama perlawanan itu. Dia tiba-tiba tumbang dan dirawat di padang sebelum dikejarkan dengan ambulans ke hospital Civile Santo Spirito di Pescara.

Kehidupan Morosini penuh tragis selepas menyaksikan kedua ibu bapa Morosini mati ketika dia masih remaja, selepas itu abangnya yang kurang upaya turut membunuh diri. Dia meninggalkan seorang kakak yang cacat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain