suria

Man United Lebarkan Kutipan Mata

Nani menjaringkan gol keempat Man United ketika bertemu Aston Villa, Ahad.
Nani menjaringkan gol keempat Man United ketika bertemu Aston Villa, Ahad.
Nani menjaringkan gol keempat Man United ketika bertemu Aston Villa, Ahad.

PASUKAN Manchester United kembali lega selepas meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Aston Villa, 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, Ahad.

Dua jaringan penyerang berbisa, Wayne Rooney sekali gus membantu pasukannya kembali menarik nafas lega apabila meninggalkan pencabar terdekat, Manchester City dengan perbezaan lima mata.

Man United mempamerkan aksi garang dengan meraih dua gol pada babak pertama perlawanan dengan Rooney melakukan sepakan penalti sempurna pada minit ke-6 sebelum Danny Welbeck menambah satu lagi pada minit ke-42.

Aksi babak kedua semakin panas apabila Rooney sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-72, manakala gol keempat dilakukan oleh Nani pada masa tambahan.

Man United kini mengutip 82 mata daripada 34 perlawanan.

Senarai pemain:

Man Utd: De Gea, Rafael Da Silva, Evans, Ferdinand, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Young, Rooney, Welbeck; (pemain simpanan) Amos, Jones, Berbatov, Giggs, Hernandez, Nani, Cleverley

Aston Villa: Given, Hutton, Collins, Baker, Lichaj, Bannan, Ireland, Clark, Gardner, Weimann, Agbonlahor; (pemain simpanan): Guzan, N'Zogbia, Delfouneso, Heskey, Cuellar, Johnson, Carruthers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain