suria

Pahang Kejar ATM Untuk Tempat Di Persada Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Pahang berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila mengalahkan pasukan Betaria 2-0 di Stadium Temerloh, malam Jumaat.

Kemenangan Pahang itu membolehkan pasukan itu mengumpul 36 mata, sama seperti ATM tetapi menduduki tangga kedua dengan perbezaan gol.

Gol Pahang hanya hadir pada babak kedua perlawanan menerusi Azamuddin Mohd Akil pada minit ke 48 dan Mohd Azuan pada minit ke-77.

Sementara itu, hasrat ATM untuk menjarakkan pungutan mata tidak kesampaian apabila seri 2-2 sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium ajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana jaya.

Pasukan Sime Darby turut mencipta kemenangan apabila berjaya mengalahkan pasukan tercorot liga, Johor MBJB 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Di Stadium olahraga USM, Pulau Pinang, pasukan USM FC mengalahkan Muar FC 4-2. Di Stadium Shah Alam, pasukan Harimau Muda B mencatatkan kemenangan kedua apabila menundukkan Perlis 3-1 manakala Johor pula seri tanpa jaringan kepada Pos Malaysia di Stadium Larkin.

Sementara itu, dalam perlawanan Liga Super pula, Felda United mengalahkan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Nizad Ayub menjadi wira bagi pasukan Felda United apabila melakukan hatrik dengan tiga jaringan gol pada minit ke-22, 36, 73, manakala gol keempat dijaringkabn oleh Farderin Kadir pada minit ke- 87.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah kalah 0-2 kepada Sarawak. - BERNAMA

Artikel Lain