suria

Kawalan Keselamatan Di Stadium Negeri Akan Dipertingkat - Polis

KUCHING: Kawalan keselamatan di Stadium Negeri di sini akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini semasa berlangsungnya perlawanan bola sepak di stadium itu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata bagi tujuan itu, polis akan turut menggunakan khidmat unit PORU, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-11 dan anggota Rela.

Katanya polis berharap dengan langkah itu, kejadian mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku ke atas Lans Koperal Amzari Othman, 33, yang cedera semasa bergelut dengan penyokong fanatik bola sepak Sarawak pada perlawanan bola sepak 7 April lepas tidak berulang.

"Kes penyokong emosi seperti berlaku baru-baru ini jarang berlaku di Sarawak dan kes ini adalah kes terpencil," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis lawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazerene ke ibu pejabat Sarawak Energy Berhad di sini, Jumaat.

Katanya tidak salah untuk memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing tetapi harus ditunjukkan dengan cara yang berhemah dan bukannya keganasan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain