suria

Skuad Piala Thomas & Olimpik Jalani Latihan Di Luar Negara - BAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar skuad Piala Thomas dan Sukan Olimpik menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan terakhir sebelum berdepan dengan cabaran sebenar.

Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara (MSN), Ariffin Ghani berkata skuad Piala Thomas akan menjalani latihan di China sementara pemain yang akan bertanding pada Sukan Olimpik akan menjalani latihan di University of Bath, United Kingdom, selama dua minggu.

Tujuan mengadakan pra-latihan di luar negara bagi pasukan Piala Thomas adalah untuk membina semangat berpasukan, bagaimanapun maklumat lanjut mengenai program latihan itu akan ditentukan kemudian oleh jurulatih.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Program (JKP) Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM di Bukit Jalil di sini, Khamis.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain