suria

Man United Pasukan Hebat: Mancini

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini (gambar) yakin kekalahan 1-0 pasukan Manchester United kepada Wigan tidak menggugat kedudukan pasukan itu dalam perebutan gelaran juara musim ini.

Mancini realistik bahawa Man United mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kejuaraan biarpun hanya di bezakan dengan lima mata.

"United adalah pasukan hebat dan saya tidak rasa mereka akan kehilangan lima mata.

"Bagi kami kedudukan sekarang amat penting dalam menamatkan musim ini dengan kedudukan yang baik. Ia adalah rekod terbaik pasukan sejak 1968.

"Kami sentiasa berjuang namun saya rasa ia sudah terlambat. Skuad United mempunyai semangat berpasukan yang baik.

"Kami tidak ada semangat seperti mereka dan sebab itulah saya rasa ia satu keadaan yang sukar," katanya.

Man City kini mengutip 71 mata, manakala Man United 79 mata dan perlawanan liga masih berbaki dengan lima perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain