Shaun Maloney meraikan jaringan tunggalnya bersama rakan sepasukan selepas membantu Wigan mengatasi United, awal pagi Khamis. LONDON: Pasukan yang menghuni tangga keempat tercorot saingan Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic mengejutkan Manchester United dengan kemenangan 1-0, awal pagi Khamis ketika Manchester City menewaskan West Bromwich Albion 4-0.Gol kemenangan yang dijaringkan Shaun Maloney pada minit ke-50 itu memastikan United terpaksa menunggu lagi sebelum bergelar juara untuk kali ke-20. Kemenangan City mengurangkan penguasaan United di persada liga kepada lima mata dengan baki lima perlawanan.City pula bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Arsenal dengan kemenangan besar yang menyaksikan Carlos Tevez menyumbangkan gol.Sergio Aguero membuka jaringan selepas enam minit perlawanan sebelum menggandakan gol pada babak kedua. Tevez kemudian menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Silva melengkapkan kemenangan besar itu.