suria

Latihan Pelayar MYA Dihentikan Ekoran Gempa Di Aceh

Langkawi: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) pada Rabu menghentikan serta merta semua aktiviti dan latihan membabitkan 40 pelayarnya di sini dan di beberapa tempat lain berikutan gempa bumi kuat melanda Acheh, di Indonesia.

Naib Presiden persatuan, Datuk Mansor Ismail berkata latihan dihentikan sebagai langkah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas atlet MYA.

Laihan akan disambung semula apabila keadaan disahkan pulih seperti sediakala, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mansor berkata pelayar skuad elit, skuad kebangsaan dan pelayar negeri Kedah sedang giat menjalani latihan di Kompleks Latihan MYA di sini sebagai persedaiaan menghadapi beberapa kejohanan sepanjang tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain