suria

Redknapp Akur Spurs Kini Perlu Berjuang Untuk Tempat Ke-4

HARRY REDKNAPP menegaskan, Tottenham Hotspurs yang tewas 1-2 kepada Norwich malam semalam (Isnin) kini harus berjuang untuk tempat keempat dan bukannya tempat ketiga lagi.

Dalam perkataan yang lain, Redknapp akur tempat ketiga musim ini adalah milik Arsenal yang kini mendahului mereka dengan dua mata tetapi mempunyai satu lagi perlawanan dalam tangan.

Arsenal akan menentang pasukan tercorot liga, Wolves pada Rabu.

Sejak Redknapp dikaitkan dengan jawatan pengurus England, Spurs hanya menang satu perlawanan daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

"Masih terdapat baki lima perlawanan lagi yang tinggal tapi saya tidak fikir Spurs akan memenangi kesemua baki perlawanan itu," kata Redknapp.

Dua buah pasukan lagi yang turut bersaing untuk tempat keempat - yang merupakan kerusi terakhir untuk kelayakan Piala Juara-Juara Eropah musim depan - ialah Newcastle dan Chelsea.

Spurs kini berkongsi mata (59) dengan Newcastle tetapi berada di atas kerana kelebihan jaringan gol manakala Chelsea sedang mengejar dari belakang dengan perbezaan dua mata sahaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain