suria

Everton Tewaskan Sunderland 4-0

Gueye menjaringkan gol pertama perlawanan ketika aksi menentang Sunderland, awal pagi Selasa.
Gueye menjaringkan gol pertama perlawanan ketika aksi menentang Sunderland, awal pagi Selasa.
Gueye menjaringkan gol pertama perlawanan ketika aksi menentang Sunderland, awal pagi Selasa.

KEMENANGAN skuad Everton 4-0 ke atas Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, awal pagi Selasa dianggap sebagai medan pemanas badan sebelum aksi separuh akhir Piala FA menentang Liverpool pada Sabtu ini.

Everton yang kini mendiami tangga ketujuh liga dengan 47 mata menguasai permainan pada babak kedua dengan Magaye Gueye membuka jaringan minit ke-52.

Selepas mendapat jaringan semangat, skuad The Toffees sekali lagi menambah jaringan kedua menerusi Steven Pienaar (m-75) sebelum Leon Osman (m-77) menambah gol ketiga perlawanan.

Benteng pertahanan Sunderland gagal menyekat kemaraan skuad kendalian David Moyes ini apabila Victor Anichebe menambah gol keempat pasukan, sembilan minit sebelum tamat permainan.

Senarai pemain:

Everton: Howard, Hibbert, Jagielka, Heitinga, Neville, Gueye, Fellaini, Osman, Pienaar, McFadden, Stracqualursi. (Pemain simpanan): Mucha, Gibson, Drenthe, Distin, Coleman, Anichebe, Duffy

Sunderland: Mignolet, Bardsley, Turner, Kilgallon, Colback, Larsson, Vaughan, Cattermole, McClean, Gardner, Sessegnon. (Pemain simpanan) Westwood, Bridge, Wickham, Richardson, Ji, Meyler, Kyrgiakos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain