suria

Regu Kelantan Juara Petanque Terbuka Kelantan 2012

KOTA BAHARU: Regu Kelantan Mohd Asri JUsoh dan Badrul Hisham Ali mengungguli Kejohanan Petanque Terbuka Kelantan 2012 yang berakhir di Padang Lembah Sireh, di sini, Ahad.

Pada perlawanan akhir, gandingan pemain itu menerima hadiah wang tunai RM2,000 selepas mengalahkan regu Selangor A yang diwakili Mohd Nurul Azuan Tarmizi dan Saiful Bahri Muslim dengan kiraan mata 13-10.

Sebanyak 124 regu dari seluruh negara mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu yang dianjurkan bersama Belia 4B (M) Sri Perdana dan Persatuan Patanque Malaysia (PPM), Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK), Persatuan Petanque Daerah Kota Baharu serta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Ahmad Shabery Yusuf memberitahu Bernama pada Isnin bahawa PPM sedang mendapatkan khidmat nasihat teknikal daripada Persatuan Petanque di Narathiwat, selatan Thailand bagi memantapkan lagi kejohanan itu di peringkat negeri itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain