suria

Piala AFC:Mat Zan Akan Tampilkan Strategi Baru Untuk Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris akan menampilkan karektor dan strategi permainan yang berbeza apabila pasukannya turun menentang Tampines Rovers FC dari Singapura dalam perlawanan keempat Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di sini Selasa.

Perlawanan timbal balik itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 4.45 petang. Skuad Penyu sebelum ini menang 1-0 hasil jaringan tunggal Joseph Kalang Tie ke atas juara Liga-S musim lepas pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

"Oleh itu saya perlu tampilkan karektor yang berbeza mengatasi mana-mana kelemahan barisan pemain untuk berhadapan Tampines Rovers pada Selasa.

"Kemenangan esok (Selasa) penting. Sekiranya menang, ia mampu mencerahkan peluang kita mara ke pusingan kedua," katanya.

Mat Zan bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kedua-dua pengurus pasukan yang turut dihadiri jurulatih Tampines Rovers, Steven Tan untuk perlawanan esok (Selasa), di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain