suria

Cub Prix: Ahmad Mahu Juarai Pusingan Kedua Di Terengganu

KUALA LUMPUR: Ahmad Abdul Kadir bertekad mahu menjuarai kategori CP115 pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012 di Terengganu pada hujung minggu ini.

Pelumba kelahiran Sarawak itu mempunyai memori pahit di litar Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu, tahun lepas apabila terkeluar selepas dua pusingan akibat kemalangan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya beraksi dalam kategori Novis/CP115, sudah semestinya saya meletakkan sasaran untuk jadi juara," katanya pelumba pasukan Apido Yamaha Boon Kui Racing itu, dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Pada pusingan pembukaan di Stadium Batu Kawan, dua minggu lepas, pelumba berusia 22 tahun itu menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 16 mata di belakang pendahulu Mohd Iskandar Raduan (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) yang mengutip 25 mata dan Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) dengan 20 mata. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain