suria

Sunderland, Spurs Sekadar Seri Tanpa Jaringan

Gareth Bale (kiri) gagal menjaringkan sebarang gol untuk Spurs.
Gareth Bale (kiri) gagal menjaringkan sebarang gol untuk Spurs.
Gareth Bale (kiri) gagal menjaringkan sebarang gol untuk Spurs.

SUNDERLAND: Tottenham Hotspur berjaya memintas Arsenal untuk menduduki tempat ketiga selepas terikat seri 0-0 dengan Sunderland, Sabtu.

Pasukan kendalian Pengurus Harry Redknapp sekadar mendahului Arsenal dengan kelebihan satu mata dalam usaha menempah tiket secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Bagaimanapun, The Gunners mempunyai peluang untuk merampas kembali tempat ketiga sekiranya berjaya menewaskan Manchester City di Stadium Emirates pada perlawanan berasingan, Sabtu.

Laluan Spurs untuk menamatkan baki enam perlawanan musim ini tampak mudah di mana mereka akan menentang Norwich City pada 9 April ini.

Spurs gagal menjaringkan sebarang gol untuk perlawanan ketiga di gelanggang lawan berturut-turut iaitu pertama kali dalam tempoh lima tahun.

Sunderland turut berjaya mengatasi Liverpool untuk menduduki tempat kelapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain