suria

Rajagobal Tidak Risau Pemilihan Pemain

Rajagobal (belakang) bersama Safiq Rahim (duduk, kanan), pemain S.Kunanlan (tengah) serta Pengarah Pemasaran Mars Food Malaysia Sdn Bhd, Ng See Meng (kiri) menunjukkan Snickers pada majlis pelancaran kempen Snickers "You're Not You When You're Hungry" di Sports City Futsal, Khamis.
Rajagobal (belakang) bersama Safiq Rahim (duduk, kanan), pemain S.Kunanlan (tengah) serta Pengarah Pemasaran Mars Food Malaysia Sdn Bhd, Ng See Meng (kiri) menunjukkan Snickers pada majlis pelancaran kempen Snickers
Rajagobal (belakang) bersama Safiq Rahim (duduk, kanan), pemain S.Kunanlan (tengah) serta Pengarah Pemasaran Mars Food Malaysia Sdn Bhd, Ng See Meng (kiri) menunjukkan Snickers pada majlis pelancaran kempen Snickers "You're Not You When You're Hungry" di Sports City Futsal, Khamis.

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal yakin skuad penuh pasukan kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini akan diketahui tidak lama lagi.

Rajagobal berkata, sehingga kini pemilihan pemain-pemain rancak dijalankan termasuk dengan mengadakan perlawanan persahabatan.

"Saya berani berkata bahawa saya tidak risau dengan senarai pemain yang bakal menyarung jersi negara ke Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

"Ini kerana, sejak program latihan dan pemilihan dibuat, saya dapat lihat ramai pemain-pemain yang dipanggil telah menunjukkan kesungguhan dan saya yakin mereka sudah bersedia bila-bila masa jika dipilih mewakili negara.

"Kita mungkin akan mendapat senarai lengkap pemain pada Jun atau Julai nanti," katanya kepada media di pelancaran SNICKERS® 'Anda lain macam bila lapar', Khamis.

Menurut Rajagobal, pihak Persatuan Bola Sepak (FAM) sedang berbincang dengan beberapa pasukan luar negara bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

"Bulan lalu kita turut adakan perlawanan persahabatan dengan Sarawak dan kita akan meneruskan aksi persahabatan ini.

"Kemungkinan kita akan dapat negara yang tidak terlibat dengan Piala AFC pada hujung bulan ini, tapi saya tidak boleh umumkan pasukan mana kerana belum ada pengesahan.

"Saya juga akan turut melihat empat hingga lima pemain yang beraksi dalam Liga Super untuk diserapkan skuad pemilihan.

"Malah saya akan turut mencuba menggunakan pemain-pemain muda bagi aksi persahabatan ini untuk menilai dari segi persefahaman, kelebihan dan kelajuan dalam pasukan ," katanya.

Pada 8 dan 12 Jun ini skuad negara akan bermain dengan pasukan Singapura sebelum beberapa lagi perlawanan persahabatan lain.

Artikel Lain