suria

Red Bull Malaysia Sedang Cari Pelumba Berpotensi

KUALA LUMPUR: Pengeluar minuman tenaga, Red Bull Malaysia sedang mencari bakat pelumba berumur antara 18 hingga 25 tahun dari Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura untuk menjadi pelumba rookie mereka.

Mereka yang berminat boleh menghadiri sesi pemilihan di Berjaya Times Square di sini dari 14-15 April, 1st Avenue, Pulau Pinang dari 20-22 April.

Menurut kenyataan syarikat itu, pemilihan akan turut diadakan di Singapura dari 12-15 Mei dan Brunei Darussalam dari 18-20 Mei ini.

"Peserta akan menjalani pelbagai aktiviti bagi menguji kemahiran memandu mereka, kecergasan, ketajaman mental, personaliti, fleksibiliti, kemahiran media dan penyampaian," kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.redbull.com.my atau www.facebook.com/Red-Bull-Rookies. - BERNAMA

Artikel Lain