suria

Man United Tewaskan Rovers, Terus Terajui Kedudukan Liga

Valencia (kanan) menjaringkan gol pertama perlawanan pada aksi menentang Rovers awal pagi Selasa. Foto: REUTERS
Valencia (kanan) menjaringkan gol pertama perlawanan pada aksi menentang Rovers awal pagi Selasa. Foto: REUTERS
Valencia (kanan) menjaringkan gol pertama perlawanan pada aksi menentang Rovers awal pagi Selasa. Foto: REUTERS

MANCHESTER United kembali selesa menerajui takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengutip mata penuh dengan menewaskan Blackburn Rovers, 2-0 di Ewood Park, awal pagi Selasa.

Selepas kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Antonio Valencia bangkit menjadi perhatian apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-81 sebelum Ashley Young menambah gol kedua, minit ke-86.

Kemenangan ini menyaksikan Man United kelebihan lima mata daripada pencabar terdekat, Manchester City yang kini mengutip 71 mata.

Namun pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson tetap berhati-hati walaupun pasukannya mempunyai kelebihan setakat ini.

"Kami masih lagi berbaki tujuh perlawanan. Berdasarkan pengalaman saya dalam situasi ini, kutipan mata bukan menjadi topik utama buat masa ini.

"Tumpuan adalah pada perlawanan akan datang, Ahad ini.

"Pun begitu aksi malam ini dirasakan amat panjang. Kami terus berusaha dan sememangnya layak menang," katanya.

Man United bakal menerima kunjungan pasukan Queens Park Rangers di Old Trafford Ahad ini.

Senarai pemain:

Blackburn: Robinson, Lowe, Dann, Grant Hanley, Martin Olsson, Orr, Pedersen, Nzonzi, Marcus Olsson, Hoilett, Yakubu (Pemain simpanan) Bunn, Dunn, Modeste, Formica, Petrovic, Rochina, Henley

Man Utd: De Gea, Rafael Da Silva, Evans, Ferdinand, Evra, Carrick, Scholes, Jones, Valencia, Hernandez, Rooney; (Pemain simpanan): Amos, Giggs, Smalling, Park, Young, Welbeck, Pogba

Artikel Lain