suria

Separuh Akhir Piala Axiata: Malaysia Leopards Tewas Lagi

PETALING JAYA: Pasukan badminton Malaysia Leopards ditewaskan sekali lagi oleh Indonesia Rajawali dalam perlawanan separuh akhir kedua Kejohanan Piala Axiata di Jakarta, Ahad.

Perseorangan muda negara, Misbun Ramdan Misbun tewas kepada Tommy Sugiarto 21-15, 17-21, 13-21 manakala beregu Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat pula tunduk kepada pasangan Rian Agung Saputro/Angga Pratama 19-21, 21-23.

Skuad badminton Malaysia Leopards sebelum ini gagal menandingi Indonesia Rajawali apabila kecundang 3-0 pada saingan pertama suku akhir Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras di Kuala Lumpur, Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain