suria

Djokovic Pertahan Trofi Miami Masters

Djokovic mencium trofi kemenangan selepas menewaskan Murray pada aksi akhir Terbuka Sony Ericsson di Key Biscayne, Florida awal pagi Isnin. Foto: AP

PEMAIN Serbia, Novak Djokovic berjaya mempertahankan gelaran Miami Masters selepas menewaskan Andy Murray 6-1 7-6 (7-4) pada aksi akhir awal pagi Isnin.

Kejayaan ini merupakan trofi ketiga Djokovic di Miami dan dia juga pernah tewas kepada Murray pada aksi 2009 di Crandon Park.

"Saya rasa saya bermain dengan baik sejak awal perlawanan sehinggalah tamat.

"Tetapi dengan berdepan pemain yang berkualiti tinggi kamu tidak boleh menjangkakan apa-apa," jelas pemain nombor satu dunia itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain