suria

Petrov Umum Persaraan Selepas Disahkan Mengidap Leukemia Akut

KAPTEN Aston Villa, Stiliyan Petrov memberitahu pihak media Bulgaria bahawa dia sudah bersara dalam arena bola sepak selepas disahkan mengidap penyakit leukemia akut.

“Bola sepak sudah berlalu, dan inilah penamatnya. Kini saya memulakan perjuangan untuk hidup dan saya akan melawan,” katanya kepada Tema Sport, Sabtu.

Petrov,32, yang mencatat 105 kap antarabangsa berkata, dia berasa sakit kepala yang agak pelik ketika beraksi pada separuh masa pertama menentang Arsenal Sabtu lalu dan pasukan perubatan telah memberi cadangan agar keluar pada separuh masa kedua.

“Saya kehilangan tenaga beberapa saat pada babak kedua dan ia perkara ganjil bagi saya.

"Tetapi inilah kehidupan. Minggu lalu kamu melihat kami minum kopi bersama di London dan sekarang kita bercakap perkara seperti ini.

“Saya akan terus berjuang. Ia sangat jelas dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan di seluruh dunia,” katanya.

Artikel Lain