suria

Laman Sesawang FAM Diceroboh

KUALA LUMPUR: Laman sesawang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Bernama mendapati laman itu telah digodam dengan kata-kata berunsur kekecewaan terhadap kepimpinan badan induk bola sepak itu.

Turut dimuat turun ke dalam laman sesawang itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu supaya meletak jawatan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain