suria

Pieth Bentang Cadangan Pembaharuan FIFA Pada Jumaat

GENEVA: Pakar anti-rasuah Mark Pieth merancang untuk membentangkan cadangan reformasi FIFA pada hari Jumaat, beberapa jam selepas beliau bermesyuarat dengan jawatankuasa eksekutif berhubung skandal yang melanda FIFA.

"The Basel Institute on Governance" memberitahu Akhbar Bersekutu bahawa laporan akan dikemukakan oleh 13 anggota panel penasihat Pieth pada pukul 4 petang waktu Switzerland (1400 GMT) di laman web baselgovernance.org.

Presiden FIFA Sepp Blatter dijadualkan membuka sidang akhbar satu jam kemudian, dan berdepan soalan berkaitan sejauh mana jawatankuasa eksekutif menyokong cadangan Pieth.

Pieth sebelum ini memberitahu AP bahawa laporan 15 muka surat akan menjadi "sukar" kepada FIFA.

Bekas Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini berkata pasukannya tidak tertarik dengan cara FIFA menjalankan beberapa tuduhan rasuah.

Mark Pieth, FIFA, Sepp Blatter

Artikel Lain