suria

Juara Liga-Liga: AC Milan Rancang Pamer Corak Menyerang

Allegri bakal menggunakan formula menyerang pada perlawanan menentang Barcelona awal pagi Khamis.
Allegri bakal menggunakan formula menyerang pada perlawanan menentang Barcelona awal pagi Khamis.
Allegri bakal menggunakan formula menyerang pada perlawanan menentang Barcelona awal pagi Khamis.

SKUAD AC Milan bakal tampil dengan corak menyerang ketika berdepan dengan Barcelona pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) di San Siro awal pagi Khamis.

Jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri berkata, corak menyerang ini lebih baik daripada sekadar bertahan bagi menjamin bekalan selesa sebelum berkunjung ke Nou Camp pada suku akhir kedua selepas ini.

"Saya rasa, lebih baik kami menyerang daripada sekadar bertahan dan hanya melakukan serangan balas.

"Kami pernah bermain secara bertahan di tempat sendiri ketika aksi peringkat kumpulan sebelum ini dan ia memang satu keputusan yang silap apabila berdepan pasukan seperti Barcelona," katanya.

Sebelum ini, Milan dan Barcelona berada dalam satu kumpulan.

Pada aksi di Nou Camp, kedua-dua pasukan seri 2-2 sebelum Milan kecundang 2-3 di halaman sendiri.

Begitupun, aksi kali ini dianggap bukan satu tugas mudah buat Milan apabila jentera serangan mereka dilihat agak tumpul dengan ketiadaan Robinho, Maxi Lopez dan Zlatan Ibrahimovic yang dilanda kecederaan.

Ketiadaan Thiago Silva di benteng pertahanan Milan juga dirasai kapten, Massimo Ambrosini.

"Sudah tentu ia menjadi lebih sukar tanpa kehadiran Silva tetapi mahu tidak mahu, perjuangan mesti diteruskan.

"Barcelona sememangnya pasukan terbaik di dunia, dan semua orang tahu mengenai perkara itu.

"Dengan itu kesemua pemain ditagih untuk berjuang habis-habisan menghalang kemaraan Barcelona, tambahan pula mereka tidak hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja," katanya.

Artikel Lain