suria

Menang Tipis, United Kembali Kuasai Liga

Wayne Rooney meraikan jaringannya dengan Jonny Evans.
Wayne Rooney meraikan jaringannya dengan Jonny Evans.
Wayne Rooney meraikan jaringannya dengan Jonny Evans.

LONDON: Manchester United kembali menguasai kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Fulham 1-0 awal pagi Selasa.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan United berkelebihan tiga mata daripada pesaing, Manchester City.

Kemenangan di Old Trafford diperoleh menerusi jaringan Wyane Rooney yang merembat masuk bola umpanan Jonny Evans pada minit ke-42.

Walaupun sekadar menang tipis, kembali ke tangga teratas liga dengan 73 mata berbanding City yang kini mengumpul 70 mata selepas seri 1-1 dengan Stoke City, Isnin.

Anak buah Martin Jol memberikan tentangan sengit pada awal permainan, namun mereka gagal menghasilkan gol sehingga wisel penamat.

Senarai pemain:

MAN UTD: De Gea, Rafael Da Silva, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Carrick, Giggs, Young, Welbeck, Rooney. (Pemain gantian: Amos, Jones, Berbatov, Smalling, Hernandez, Scholes, Cleverley)

FULHAM: Schwarzer, Kelly, Hughes, Hangeland, John Arne Riise, Duff, Dembele, Diarra, Frei, Pogrebnyak, Dempsey. (Pemain gantian: Stockdale, Ruiz, Murphy, Senderos, Etuhu, Briggs, Trotta)

Pengadil: Michael Oliver (Northumberland)

Gelanggang: Old Trafford

Artikel Lain