KBS Tubuh Cawangan Paralimpik Setiap Negeri - Sukan | mStar

KBS Tubuh Cawangan Paralimpik Setiap Negeri

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi cawangan paralimpik, Majlis Sukan Negara (MSN) menubuhkan cawangan paralimpik di seluruh negara dalam usaha memperkasa sukan tersebut di negara ini.

Pengarah cawangan paralimpik MSN, Mohd Safrusahar Yusuf berkata penubuhan cawangan itu yang bermula awal tahun ini adalah bagi menarik lebih ramai golongan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan diri dalam acara sukan.

Buat permulaan, cawangan paralimpik itu akan menggunakan kemudahan sedia ada di MSN negeri-negeri, katanya.

"Kita juga akan menempatkan pegawai kanan MSN di setiap negeri untuk mengendalikan latihan dan program yang telah disusun oleh KBS dan MSN," katanya.

Beliau berkata enam acara sukan akan menjadi keutamaan bagi program tersebut diantaranya ialah olahraga, tenpin bowling, badminton, powerlifting dan renang.

"Diharap dengan adanya program seumpama ini, kita dapat mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru," katanya.

Beliau berkata usaha tersebut juga adalah untuk memberi kesedaran kepada warga OKU bahawa sukan boleh dijadikan sebagai kerjaya seperti sukan atlet normal.

"Pihak kerajaan menerusi MSN telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada atlet paralimpik malah mereka turut mendapat elaun dan kemudahan lain yang sama seperti atlet elit normal," katanya.

Mohd Safrusahar juga berharap dengan adanya cawangan paralimpik, pasukan negeri tidak akan mempunyai masalah untuk membentuk kontinjen masing-masing pada Paralimpiad Pahang yang dijadual berlangsung Nov nanti.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain