suria

Tevez Kembali Beraksi Bukti City Terdesak: Ferguson

Ferguson membidas kenyataan Vieira yang menganggap United berada dalam keadaan terdesak.
Ferguson membidas kenyataan Vieira yang menganggap United berada dalam keadaan terdesak.
Ferguson membidas kenyataan Vieira yang menganggap United berada dalam keadaan terdesak.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson telah membuat kenyataan bahawa Manchester City sebenarnya berada dalam keadaan terdesak selepas kembali menyenaraikan Carlos Tevez beraksi dalam baki Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus dari Scotland itu membuat kenyataan tersebut selepas bekas penyerang City, Patrick Vieira menganggap tindakan United membawa masuk semula pemain yang telah bersara, Paul Scholes adalah situasi terdesak.

“Jika ia dianggap terdesak dengan memanggil kembali pemain tengah terbaik Britain 20 tahun lepas sekali pun, kami boleh menerimanya.

“Pengurus City, Roberto Mancini berada dalam keadaan risau sejak kebelakangan ini. Kami akan terus bermain dengan cara tersendiri dan ia dianggap sebagai senjata.

“Jika kamu bercakap mengenai ‘terdesak’, mereka juga telah menggunakan pemain yang tidak mahu turun ke padang dan pengurus mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemain itu tidak akan bermain lagi.

“Apa semua itu? Mungkin ia boleh jelaskan maksud sebenar terdesak?,” ujar Ferguson dengan sinis.

Tevez yang juga bekas pemain United kembali membarisi skuad City setelah dia menolak untuk memanaskan badan pada aksi Liga Juara-Juara (CL) September lalu dan kembali ke Argentina tanpa beraksi selama lima bulan.

Vieira yang kini menjadi Pengarah Pembangunan Bola Sepak City telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemasukan Scholes telah menunjukkan kelemahan pasukan United kerana menggunakan khidmat pemain berumur 37 tahun.

“Saya menghormati Scholes, tetapi dengan kembalinya ke pasukan membuktikan bahawa United tidak ada pemain berbakat untuk menggantikan dia,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain