suria

Malaysia Leopards Tundukkan Singapura 3-0

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia Leopards menerima tentangan sengit sebelum menjinakkan Singapura 3-0 pada Kejohanan Badminton Piala Axiata di Arena Tertutup Senayan, Jakarta, Indonesia, pada Jumaat.

Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Misbun Ramdan Misbun menyumbang mata pertama negara apabila mengalahkan Robin Gonansa 20-22, 21-12, 21-19 dalam acara perseorangan.

Malaysia memperoleh mata kedua menerusi beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Meng dengan mengenepikan cabaran Terry Yeo/Yi Liu, 21-14, 15-21, 21-19.

Mata kemenangan pasukan pelapis negara itu diraih oleh perseorangan kedua Zulfadli Zulkifli yang menumpaskan Huang Chao, 17-21, 21-16, 21-16.

Malaysia Leopards dijadualkan bertemu pasukan Vietnam esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain