Hamilton Catat Masa Terpantas Dalam Latihan Pertama - Sukan | mStar

Hamilton Catat Masa Terpantas Dalam Latihan Pertama

SEPANG: Briton Lewis Hamilton mencatat masa terpantas pada sesi pertama latihan rasmi Grand Prix Petronas Malaysia 2012 di Litar Sepang di sini, Jumaat.

Pemandu Vodafone McLaren Mercedes mencatat satu minit 38.021 saat, 0.514 saat di hadapan pemandu Jerman Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.

Mengikuti di tempat ketiga dan keempat ialah pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Team, Nico Rosberg dan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.

Rosberg mencatat masa 1:38.813s manakala Schumacher ketinggalan 0.013s apabila mencatat 1:38.826s.

Pemandu Caterham F1 Team, pasukan F1 milik Malaysia -- Heikki Kovalainen dan Vitaly Petrov -- berada pada tempat ke-17 dan 19 dengan masing-masing mencatat masa 1:40.247s dan 1:40.857s.

Sesi Petang: 1. Lewis Hamilton (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 1 minit 38.172 saat

2. Michael Schumacher (GER) Mercedes GP Petronas F1 Team 1:38.533s

3. Jenson Button (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 1:38.535s

4. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG Petronas F1 Team 1:38.696s

5. Daniel Ricciardo (AUS) Scuderia Toro Rosso 1:38.853

6. Fernando Alonso (ESP) Scuderia Ferrari 1:38.89s

7. Mark Webber (AUS) Red Bull Racing 1:39.133s

8. Jean-Eric Vergne (FRA) Scuderia Toro Rosso 1:39.297s

9. Romain Grosjean (FRA) Lotus F1 Team 1:39.311s

10. Sebastian Vettel (GER) Red Bull Racing 1:39.402

11. Pastor Maldonado (VEN) Williams F1 Team 1:39.444s

12. Nico Hulkenberg (GER) Sahara Force India F1 Team 1:39.464

13. Paul Di Resta (GBR) Sahara Force India F1 Team 1:39.625s

14. Kamui Kobayashi (JPN) Sauber F1 Team 1:39.687s

15. Kimi Raikkonen (FIN) Lotus F1 Team 1:39.696s

16. Felipe Massa (BRA) Scuderia Ferrari 1:40.271s

17. Bruno Senna (BRA) Williams F1 Team 1:40.678

18. Sergio Perez (MEX) Sauber F1 Team 1:40.947s

19. Vitaly Petrov (RUS) Caterham F1 Team 1:41.464s

20. Timo Glock (GER) Marussia F1 Team 1:41.681s

21. Heikki Kovalainen (FIN) Caterham F1 Team 1:42.594s

22. Charles Pic (FRA) Marussia F1 Team 1:42.874s

23. Narain Karthikeyan (IND) HRT F1 Team 1:43.658s

24. Pedro De La Rosa (ESP) HRT F1 Team 1:43.823s -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain