suria

Samir Beri Kemenangan Kepada City

Samir menjaringkan gol kemenangan buat City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea awal pagi Khamis.

SAMIR Nasri memberi kemenangan di saat akhir kepada Manchester City selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Pemain tengah Perancis itu melakukan jaringan kemenangan pada minit ke-85 hasil daripada hantaran Carlos Tevez sekaligus meraih mata penuh sebelum wisel tamat dibunyikan.

Pada aksi itu, skuad Chelsea terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-60 oleh Gary Cahill, namun penyerang City, Sergio Aguero menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti, minit ke-70.

Dengan kemenangan ini City kembali merapatkan jurang dengan 69 mata dan semakin memberi tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United dengan hanya perbezaan satu mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain