suria

Separuh Akhir Piala FA Inggeris: L'pool Lwn Everton/Sunderland; Chelsea Lwn Spurs/Bolton

LONDON: Cabutan undi perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris yang dilakukan lewat Ahad menyaksikan Tottenham Hotspur atau Bolton Wanderers akan bertemu Chelsea manakala Liverpool akan menentang sama ada Everton atau Sunderland.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu akan berlangsung pada 14 atau 15 April depan di Stadium Wembley, di sini.

Perlawanan di antara Spurs dan Bolton Sabtu lalu terpaksa ditangguhkan apabila pemain Bolton, Fabrice Muaamba diserang sakit jantung ketika perlawanan sedang berlangsung yang memaksa pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan kepadanya.

Situasinya kritikal dan masih ditahan di Unit Rawatan Intensif di sebuah hospital jantung di sini.

Dan dalam perkembangan terbaru, Bolton telahpun membuat permohonan rasmi kepada FA Inggeris untuk berbincang tentang kemungkinan mereka menarik diri daripada perlawanan ulangan tersebut kerana para pemain kelab berkenaan masih lagi trauma dengan apa yang melanda Muaamba.

Sementara Everton dan Sunderland terpaksa melalui perlawanan ulangan selepas kedua-dua pasukan seri 1-1.

Chelsea pula layak ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan Leicester City 5-2 dalam perlawanan yang menyaksikan Fernando Torres menjaringkan dua gol selepas hampir lima bulan kemarau gol.

Manakala dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Liverpool menundukkan Stoke City 2-1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain