suria

Federer Bolot Juara Kali Keempat Indian Wells

Roger Federer meraih kejuaraan buat kali keempat pada kejohanan tenis ATP/WTA Indian Wells selepas menewaskan John Isner di final.

INDIAN WELLS (California): Pemain ternis nombor tiga dunia, Roger Federer menewaskan pemain pilihan ke-11, John Isner 7-6 (9/7), 6-3 untuk membolot kejuaraan kali keempatnya di kejohanan tenis ATP/WTA Indian Wells, awal pagi Isnin.

Dengan kemenangan itu, pemain berasal dari Switzerland itu kini berkongsi empat kejuaraan di Indian Wells bersama Jimmy Connors dan Michael Chang.

Terdahulu, Federer pernah menjuarai tiga kejohanan jelajah ATP musim ini dengan dua daripadanya di Rotterdam dan Dubai.

"Kejayaan ini hadir tepat pada masanya. Ia merupakan kejohanan terbesar, Master 1000 yang pertama pada musim ini. Saya melalui permainan yang cukup baik di sini suatu ketika dulu," katanya.

Federer turut menyatakan rasa terkejut mengenai kemenangan itu kerana hampir menarik diri daripada kejohanan tersebut akibat demam selesema yang belum pulih sepenuhnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain