suria

Button Muncul Juara GP Australia

Sebastian Vettel (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemandu McLaren, Jenson Button selepas memenangi Grand Prix Australia, petang Ahad.

MELBOURNE: Pemandu McLaren, Jenson Button membuka tirai pembukaan Formula Satu (F1) musim 2012 dengan penuh bergaya apabila muncul juara pada perlumbaan Grand Prix Australia di Melbourne, petang Ahad.

Perlumbaan 58 pusingan itu penuh dengan drama di sepanjang litar apabila Button memintas rakan sepasukannya, Lewis Hamilton di satu selekoh untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sehingga garisan penamat.

Sebastian Vettel yang memandu jentera Red Bull memberi saingan sengit kepada Button tetapi hanya sekadar menduduki tempat kedua.

Nasib tidak begitu menyebelahi Hamilton apabila dia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Mark Webber menduduki tempat keempat dalam aksi di tempat sendiri.

Ia merupakan catatan terbaiknya di Australia manakala Fernando Alonson di tempat kelima.

Pemandu Williams, Pastor Maldonado mempunyai sedikit peluang untuk merampas tempat keenam tetapi kemaraannya tersekat selepas terlibat dengan pelanggaran di selekoh terakhir.

Kamui Kobayashi sekadar berpuas hati di tempat keenam, Kimi Raikkonn (ketujuh), Sergio Perez (kelapan), Daniel Ricciardo dan Scot Paul Di Resta masing-masing meraih tempat kesembilan dan ke-10.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain